KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kerana menghina mahkamah kepada Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal atas kenyataan yang dibuat berhubung inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Ia rentetan kenyataan yang dibuat oleh Mohd. Shafie dalam satu majlis di Sandakan, Sabah.
Pada ucapan yang turut disiarkan dalam laman sosial Facebook, Shafie antara lain menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.
Koroner Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan notis tersebut selepas kesemua pihak yang terlibat termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Permohonan tersebut dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh pada prosiding yang dijalankan secara tertutup hari ini.
Ram merupakan salah seorang peguam mewakili Pelajar A yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata mencela Zara Qairina.
Peguam Azhier Farhan Arisin ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL










