Misi Global Sumud Flotila diekori dron tidak dikenalpasti

Misi Global Sumud Flotila diekori dron tidak dikenalpasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa dron yang tidak dikenal pasti dilaporkan berlegar di ruang udara sebelum mengekori rombongan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam pelayaran menuju Gaza, semalam.

GSF menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan, peningkatan mendadak aktiviti udara itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan semua peserta misi kemanusiaan berkenaan.

Menurut maklumat dikongsikan, pengesanan dron terbabit berlaku pada pukul 9.09 malam, 21 September (GMT+2), bersamaan 3.09 pagi, 22 September waktu Malaysia.

“Pasukan kami sedang memantau keadaan dengan teliti dengan mengutamakan keselamatan kru serta peserta. Kami juga berkoordinasi bersama rakan antarabangsa bagi mendokumentasi serta menilai situasi ini,” katanya.

GSF kini memasuki peringkat akhir pelayaran yang bertujuan memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza.

Misi itu turut mencatat sejarah sebagai gerakan kemanusiaan terbesar dunia apabila disertai lebih 1,000 aktivis dari 44 negara yang mempertaruhkan nyawa merentasi Laut Mediterranean bagi menamatkan sekatan Israel.

Rombongan berkenaan bergerak dengan lebih 50 kapal flotila yang membawa pelbagai bentuk bantuan termasuk ubat-ubatan serta makanan untuk rakyat Gaza yang berdepan sekatan sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×