Ramai tidak patuh undang-undang, polis KL keluar 42,288 notis advokasi

Ramai tidak patuh undang-undang, polis KL keluar 42,288 notis advokasi

42,288 notis advokasi sepanjang lima hari pelaksanaan Kempen Advokasi Operasi Patuh Undang-undang (Op PUU) bermula 16 September hingga semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur  mengeluarkan sebanyak 42,288 notis advokasi sepanjang lima hari pelaksanaan Kempen Advokasi Operasi Patuh Undang-undang (Op PUU) bermula 16 September hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, jumlah itu melibatkan pelbagai jenis kenderaan dan individu yang diperiksa di sekitar ibu kota.

Kata beliau, notis advokasi yang dikeluarkan membabitkan 19,672 penunggang motosikal, pemandu kereta (18,058), van (821), lori (576), teksi (955) dan 2,206 pejalan kaki.

“Bagi pecahan kesalahan pula, 18,169 notis dikeluarkan atas kesalahan halangan lalu lintas, manakala 9,897 notis kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

“Selain itu, 4,186 pejalan kaki yang tidak menggunakan lintasan juga dikenakan tindakan, diikuti 2,328 kesalahan berhenti di petak kuning serta 1,758 kerana berhenti melepasi garisan putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesalahan lain termasuk nombor plet kenderaan kotor, kabur atau fancy (1,843), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan (1,343), tidak memakai tali pinggang keledar (259), tidak memakai topi keledar (1,633) dan mengubah suai motosikal (872).

 Op PUU akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Oktober ini, dengan pihak polis tidak lagi mengeluarkan notis advokasi sebaliknya saman dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×