PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 6.61 mata kepada 1,605.09 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,611.70 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,606.86.
Jumlah dagangan sebanyak 36.27 bilion unit bernilai RM17.94 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 121 berbanding 68 dengan 239 kaunter tidak berubah dan 2,226 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 118.70 mata atau 0.27 peratus kepada 44,909.08 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun 0.02 peratus kepada 4,322.80, manakala, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.49 peratus kepada 3,428.69. – UTUSAN









