Sektor runcit, F&B, hospitaliti terima manfaat seterusnya dari RTS

Sektor runcit, F&B, hospitaliti terima manfaat seterusnya dari RTS

RTS di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor runcit, makanan dan minuman (F&B) dan hospitaliti di Johor bersedia untuk menjadi enjin pertumbuhan seterusnya melangkaui hartanah kediaman, dipacu oleh Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka mengubah aliran rentas sempadan antara Johor dan Singapura.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank Berhad, Tan Kai Shuen berkata, pusat beli-belah di Johor Bahru seperti KSL, Mid Valley Southkey dan Paradigm Johor Bahru sudah pun menarik minat warga Singapura, dengan dua pusat beli-belah Sunway akan datang memperluaskan lagi ruang runcitnya di sana.

Katanya, hotel juga semakin mendapat tarikan, dengan YTL memperoleh Thistle Johor Bahru untuk pelancaran semula pada 2026 dan Sunway merancang sebuah hotel lima bintang baharu di pembangunan berorientasikan transit (TOD) RTS mereka.

“Bagi segmen pengguna pula, jenama dengan kehadiran Johor yang kukuh seperti SDS, Oriental Kopi dan Focus Point menonjol sebagai penerima struktur peningkatan penggunaan ini.

“Secara kolektif, segmen ini meletakkan sektor runcit dan hospitaliti Johor sebagai pemenang utama seterusnya dalam kisah pertumbuhan RTS,” katanya dalam nota penyelidikan.

Beliau berkata, gelombang pertama penerima manfaat dari Johor-Singapura di Malaysia adalah hartanah kediaman berhampiran RTS Bukit Chagar dengan pembeli awal mendahului dalam pembukaan sistem dan telah menikmati peningkatan yang ketara dalam nilai hartanah.

Sebaliknya, Kai Shuen berkata, sektor runcit, F&B dan hospitaliti, kedudukan awal sedemikian tidak mungkin berlaku kerana pengguna tidak boleh ‘membeli lebih awal’ daripada RTS.

“Impak ekonomi sebenar sektor-sektor ini akan menjadi kenyataan apabila RTS mula beroperasi dan trafik rentas sempadan harian meningkat.

“Ia menyediakan pentas untuk peruncitan dan hospitaliti muncul sebagai penerima manfaat seterusnya dalam kisah pertumbuhan Johor,” ujarnya.

Menurutnya, sektor perhotelan juga sedang bersiap sedia untuk lonjakan pelancongan rentas sempadan yang dijangkakan, terutamanya dengan pengambilalihan Hotel Thistle oleh YTL di pada harga RM150 juta dan pelancaran semula disasarkan pada 2026.

Selain itu, beliau berkata, Sunway merancang untuk membangunkan hotel lima bintang baharu di tapak TOD RTS.

“Pergerakan ini menandakan permulaan gelombang pengubahsuaian aset yang lebih luas dan pembangunan hotel baharu, memandangkan kedudukan pengendali untuk menangkap aliran pelancong yang lebih tinggi sebaik sahaja RTS memendekkan masa ulang-alik kepada beberapa minit sahaja,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×