Cadangan Umany: Polis akan panggil pihak berkaitan 

Cadangan Umany: Polis akan panggil pihak berkaitan 

RAFIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pihak berkaitan berhubung siasatan membabitkan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Tang Yi Ze yang didakwa mengeluarkan kenyataan bagi mencadang memansuhkan matrikulasi. 

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya setakat ini menerima sekurang-kurangnya lima laporan polis berkaitan kes terbabit. 

“Kita akan panggil pihak-pihak yang berkaitan untuk dirakamkan percakapan mereka.

“Setakat ini, kita ada menerima empat hingga laporan polis,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Sebelum ini, Presiden Umany, Tang Yi Ze menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di universiti awam (UA).

Sementara itu, Mohd. Khalid berkata, pihaknya mengesan seramai 10 individu menerima emel namun hanya empat laporan polis dibuat setakat ini berkaitan ugutan lucah palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) 

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif ugutan tersebut. 

“Isu-isu begini kadang-kala ada pihak-pihak tertentu ingin mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu ugutan terhadap individu bagi tujuan kewangan dan sebagainya,” katanya. 

Pada Ahad lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima empat laporan berhubung ugutan emel lucah palsu menggunakan teknologi AI membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, semua laporan dibuat selepas mangsa menerima e-mel daripada pihak tidak dikenali yang menuntut bayaran AS$100,000 (RM422,000) dengan ancaman menyebarkan video palsu berunsur lucah menggunakan wajah mereka.

Beliau dilaporkan berkata, kes pertama dilaporkan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pada 12 September lalu selepas beliau menerima satu e-mel yang menuntut bayaran sebanyak AS$100,000. 

“Sekiranya permintaan tidak dipatuhi dalam tempoh tiga hari, video palsu berunsur lucah menggunakan wajah beliau akan disebarkan di media sosial. 

“Kes kedua membabitkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Nelson W Angang. Beliau turut menerima emel daripada sumber tidak dikenali pada hari sama yang menuntut bayaran AS$100,000 dengan ancaman menyebarkan video palsu berunsur lucah menggunakan wajah beliau kepada umum sekiranya tuntutan tidak dipenuhi. 

“Kes ketiga dan keempat pula dilaporkan oleh ADUN Kulim, Wong Chia Zhen dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari. Kedua-duanya menerima e-mel dengan modus operandi sama,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan iaitu memeras ugut dengan niat untuk mendapat sesuatu secara paksa melalui ancaman. 

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×