Manfaat aktiviti buat si cilik - Utusan Malaysia

Manfaat aktiviti buat si cilik

Qutren Nada Ahmad (duduk tiga dari kanan) menunjukkan demonstrasi Know It All Box.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika sebelum ini kebanyakan ibu bapa bekerja bergantung kepada pembantu rumah atau pengasuh untuk menggantikan mereka dalam proses pembesaran anak-anak.

Kini, fenomenanya agak berbeza sedikit.

Kebanyakan ibu bapa menggunakan gajet untuk mengisi masa anak-anak mereka.

Ramai mengakui, senang jika ada telefon pintar kerana ia memudahkan mereka melakukan kerja rumah, mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan atau di kedai makan.

Namun, ramai yang tidak sedar kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Jika anak-anak terlalu fokus dengan gajet, mereka tidak akan hirau orang sekeliling. Akhirnya, ibu bapa yang terasa dipinggirkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, CIC Where Leaders Are Born (CIC), Qutren Nada Ahmad berkata, situasi bergantung terhadap gajet amat membimbangkan.

Katanya ibu bapa seharusnya membantu anak mereka menguasai kemahiran kendiri, pemikiran dan sosial, melalui kaedah bermain, bukannya memberi telefon.

“Kita perlu mengambil contoh sistem pembelajaran dari negara maju yang berasaskan play (bermain) dan learn (belajar). Wujudkan satu aktiviti seperti permainan dalam kotak.

“Lebih menarik, aktiviti tersebut lebih memberi impak jika dilakukan bersama anak-anak pada hujung minggu. Ia membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain membantu ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain melahirkan kanak-kanak yang cemerlang akademik, ibu bapa boleh membentuk generasi berkemahiran tanpa bergantung kepada penggunaan gajet semata-mata.

Qutren Nada memberitahu, untuk memastikan anak-anak mampu bersaing pada peringkat antarabangsa ibu bapa harus memberikan sebaik mungkin pengalaman kepada anak-anak supaya mereka setanding di peringkat antarabangsa.

KEMBANGA MINDA
Sebagai usaha membantu perkembangan minda kanak-kanak, khususnya untuk kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun, Green Bag by CIC mencipta kotak kit pembelajaran Know It All Box berasaskan kepada eksperimen sains, lukisan dan kemahiran.

Kit berkenaan turut memberi fokus kepada 3E iaitu experience (pengalaman), experiment (uji kaji) dan exploration (penerokaan) yang membantu kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit tersebut.

“Ada 12 kotak, setiap bulan keluarkan satu kotak. Dalam setiap kotak itu mempunyai empat aktiviti yang membolehkan ibu bapa beraktiviti bersama anak-anak. Atau ibu bapa sekadar bertindak sebagai pembimbing anak-anak dalam aktiviti disediakan. Contohnya ikuti rakaman atau sidang video langsung dalam talian,” katanya.

Tambahnya lagi, setiap kotak dibekalkan dengan aktiviti dan tema berbeza yang mampu menarik perhatian si cilik.

Antara tema yang diketengahkan dan bakal diterokai oleh kanak-kanak adalah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm, CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher & My Happiness, Food & Nutrition, A Box To The World dan Nature All Around Me.

“Diharapkan dengan kemunculan kotak ini kita dapat membantu perkembangan anak-anak. Sebagaimana yang kita maklum, dunia sekarang, cabarannya agak global,” katanya.

Selain sesuai untuk ibu bapa bagi mengeratkan hubungan dengan anak-anak, kotak ilmu ini juga boleh diguna oleh guru-guru dan pengasuh yang memerlukan silibus pembelajaran yang sistematik untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Kata Qutren Nada, kotak ini memberi pelaburan yang berbaloi berbanding barang permainan yang tiada pembelajaran.

Kelebihan kotak ini, ia mempunyai susunan aktiviti yang dirancang secara sistematik agar dapat merangsang perkembangan kanak-kanak bagi membantu mereka berjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×