Ini adalah maklum balas kepada Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang kononnya mahu menganjurkan debat antara pihak yang bersetuju dengan tidak bersetuju berkenaan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru.
Jangan cuba alih perhatian dan ambil kesempatan demi politik sempit versi penunggang agama dan bangsa yang memecahbelahkan rakyat.
Isu sebenar bukan pada Kerajaan MADANI, tapi kenapa pada Jun 2021, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sanggup buat dalam tiga hari sahaja:
• 18 Jun 2021: Warta Seksyen 4 (niat ambil tanah).
• 21 Jun 2021: Warta Seksyen 8 (sah ambil tanah).
Ketika itu Parlimen digantung, negara dalam PKP, rakyat langsung tak ada suara. Adakah ini penyebab kepada sebahagian penduduk rasa mereka dapat pampasan yang tidak setara?
Fakta kronologi:
• BN (2016-2017): Tawar RM400/kaki persegi.
• PH (2018-2020): Naikkan RM850-RM1,000/kaki persegi.
• PN (2021): Janji manis RM3,000/kaki persegi, tapi realiti pampasan kekal RM400/kaki persegi.
• MADANI (2022-2024): Betulkan semula-pakej pampasan RM900k-RM3.8 juta per rumah, elaun sewa & flat transit percuma.
Kalau hendak debat, jangan laga-lagakan penduduk dan mengeruhkan keadaan. Aturkan debat antara Khalid Samad vs Annuar Musa vs Shahidan Kassim.
Biar rakyat tengok sendiri mantan Menteri Wilayah mana yang betul-betul bela rakyat Kampung Sungai Baru.
Yang zalim siapa? Bukan MADANI, tapi mereka yang guna kuasa semasa darurat untuk merampas hak rakyat tanpa suara Parlimen.
Faris Arriffin
Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan
Ketua Angkatan Muda Harapan Wilayah Persekutuan
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional










