Pondok polis di sekolah atasi isu buli

Pondok polis di sekolah atasi isu buli

FADHLINA Sidek (dua dari kiri) ketika menyampaikan Anugerah Pembentang Terbaik kepada Muhammad Arif Badri sempena Kongres Prauniversiti Madani di Kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendi­di­kan (KPM) sedang meneliti cada­n­gan pe­nempatan pondok polis dan ang­go­ta polis bantuan di sekolah bagi me­nangani isu buli pelajar.

Semua pan­dangan akan diambil kira khususnya dalam jawatankuasa reformasi keselamatan sekolah yang sedang dilaksanakan ketika ini selain proses audit keselamatan di semua sekolah ber­asrama seluruh negara.

Malah KPM sedang mengutip pan­dangan berkenaan dalam town hall bersama Kementerian Undang-Un­dang dan Kementerian Komunikasi un­tuk meneliti berkaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, semua pandangan diperlukan un­tuk diteliti sebelum muktamadkan apakah tindakan penting untuk dilak­sanakan ketika ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Kongres Prauniversiti Madani Peringkat Nege­ri Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, di sini semalam.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu mengulas berhubung saranan masyarakat yang mencadangkan penyediaan pondok polis termasuk kesiapsiagaan polis bantuan di sekolah bagi
membantu mengatasi masalah buli yang semakin meruncing.

Pada 27 Ogos lalu, Fadhlina mengesahkan di Parlimen, KPM melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merekodkan sepanjang tahun 2024, sebanyak 7,681 kes buli dilaporkan di
sekolah-sekolah di bawah KPM dan daripada jumlah itu 5,689 kes melibatkan sekolah menengah, manakala 1,992 kes melibatkan pelajar sekolah rendah.

Fadhlina bagaimanapun berkata, ketika ini, pelbagai langkah telah dilaksana bagi mengekang masalah buli termasuk tindakan tegas mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.
kan manfaat,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) menyerahkan memorandum ke“Semua langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan juga tindakan tegas kepada
jenayah buli ini dilakukan di bawah peraturan dan garis panduan yang telahpun kita ada,” katanya.

Sementara itu, Fadhlina berkata, tiada keperluan untuk memansuhkan program matrikulasi kerana ia bersama Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai keistimewaan tersendiri dalam sistem pendidikan negara, malah kedua-dua laluan pengajian itu telah lama wujud dan berfungsi dalam memenuhi merit kemasukan pelajar ke universiti awam.

“Saya mengikuti perbahasan mengenai isu ini, tetapi ingin menasihatkan supaya perbincangan tidak keterlaluan hingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kedua-dua program.
Janganlah kita bertelagah dalam isu yang tidak mendatang pada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menuntut pemansuhan matrikulasi, namun kemudiannya memohon maaf kerana penggunaan perkataan itu menimbulkan salah faham.

Fadhlina berkata, KPM komited menambah baik mutu pendidikan bagi memartabatkan pelajar tingkatan enam yang mengambil peperiksaan STPM menerusi cadangan yang diterima dari semasa ke semasa.

“Dengan adanya komitmen di peringkat KPM menjenamakan semula tingkatan enam ini, kemudian kita tambah baik dalam konteks program dan juga memberikan mereka keupayaan dalam sudut kepemimpinan dengan melaksanakan pilihan raya dan sebagainya, pastinya dapat memartabatkan pelajar ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×