Pengguna tandas awam kena tonton iklan sebelum dibenar ambil tisu tandas

Pengguna tandas awam kena tonton iklan sebelum dibenar ambil tisu tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Rakaman video memaparkan mesin pengeluar tisu tandas pintar yang memaksa pengguna untuk menonton iklan sebelum mendapatkan helaian tisu di tandas awam kini tular di China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian usaha pihak berkuasa bagi mengelakkan pembaziran tisu, terutama di lokasi pelancongan popular.

Sejak era ledakan pelancongan domestik pada beberapa tahun lalu, pelbagai kaedah diperkenalkan untuk mengawal penggunaan tisu.

Pada 2017, media antarabangsa pernah melaporkan penggunaan pengimbas wajah yang hanya membenarkan seseorang mendapatkan sekeping tisu sepanjang 60 sentimeter setiap sembilan minit.

Kemudian, pada 2019, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) pula diperkenalkan dengan sistem hanya mengeluarkan tisu setiap 10 minit bagi seorang pengguna.

Terkini, kaedah baharu pula mencuri perhatian apabila mesin pengeluar tisu dipasang dengan sistem tontonan iklan.

Dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh portal China Insider minggu lalu, seorang wanita dilihat mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbitnya sebelum menonton iklan bagi membolehkan mesin tersebut mengeluarkan helaian tisu.

Menurut portal itu lagi, pengguna diberi pilihan sama ada menonton iklan di telefon masing-masing atau membayar sebanyak 0.5 yuan (RM0.29) untuk setiap helaian tisu.

Walaupun langkah tersebut dilihat mampu mengurangkan pembaziran, timbul persoalan tentang nasib individu yang tidak membawa telefon bimbit atau kehabisan bateri ketika berada di tandas awam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN