Pemilik TikTok aib Yang di-Pertuan Agong, Raja Melayu ditahan

Pemilik TikTok aib Yang di-Pertuan Agong, Raja Melayu ditahan

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemilik akaun TikTok ditahan polis selepas memuat naik video mengandungi unsur hasutan serta berunsur mengaibkan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman  menjalankan siasatan terhadap satu kes penularan video di aplikasi Tiktok.

Menurutnya, video berkenaan mengandungi unsur hasutan serta berunsur mengaibkan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Susulan itu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semakan lanjut mendapati suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan satu  kes berkaitan narkotik dan tiga kes jenayah.

Kumar berkata, PDRM ingin menegaskan bahawa pihak polis tidak berkompromi mana-mana individu menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, mengaibkan atau sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara. 

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial serta sentiasa menghormati undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×