Tempat kursus perakaunan di universiti awam tidak cukup - Ka Siong

Tempat kursus perakaunan di universiti awam tidak cukup – Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kursus perakaunan di Universiti Awam (UA) didakwa tidak diberi perhatian sewajarnya walaupun Malaysia berdepan kekurangan besar tenaga profesional dalam bidang tersebut.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, laporan menunjukkan negara memerlukan kira-kira 60,000 akauntan menjelang 2030, namun setakat ini hanya terdapat lebih 30,000 akauntan berdaftar.

Katanya, berdasarkan angka semasa, jumlah pelajar yang ditawarkan ke kursus perakaunan juga amat kecil berbanding keperluan sebenar pasaran.

“Kalaulah 85 orang, ada empat tahun, bermaksud 340 orang sahaja pada bila-bila masa yang menuntut di universiti. Universiti Malaya ada 43,000 pelajar terkini. Ini bermaksud tidak sampai satu peratus untuk kursus kritikal perakaunan. Apa sudah jadi?

“Sedangkan Malaysia menjelang 2030 memerlukan 60,000 akauntan, sekarang baru 30 lebih ribu, yang jauh tidak cukup. Inilah masalahnya, kenapa universiti menghadapi keadaan ini?

“Kalau data mereka bagi adalah betul, bermaksud hanya kurang daripada satu peratus disediakan bagi kursus yang paling kritikal,” katanya pada sidang media mengenai isu pengambilan pelajar ke UA, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan MCA mempersoal ketelusan data pengambilan pelajar ke Universiti Malaya (UM) apabila hanya 85 tempat ditawarkan bagi kursus perakaunan melalui saluran perdana Unit Pusat Universiti (UPU).

Ka Siong berkata, angka tersebut tidak konsisten dengan rekod jumlah graduan tahun sebelum yang mencecah hampir 200 orang setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×