KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keempat akan diteruskan dengan keterangan doktor yang menerima remaja terbabit ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pegawai perubatan Unit Kecemasan HQE, Dr. Janefer Voo, baru sahaja mengangkat sumpah sebagai saksi inkues ketiga.
Turut dijangka memberi keterangan ialah pegawai perubatan, Dr. Pavankumar Balachandran dari Jabatan Neurosurgeri HQE yang turut menerima dan merawat Zara Qairina ketika dibawa ke hospital berkenaan pada 16 Julai lalu.
Remaja terbabit disahkan meninggal dunia di hospital terbabit pada keesokan harinya.
Saksi pertama inkues, Dr. Jessie Hiu dalam keterangannya menyatakan Zara Qairina meninggal dunia akibat kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati iskemia hipoksik (severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy).-UTUSAN










