Tidak perlu RUU PSB, akta sedia ada sudah cukup baik

Tidak perlu RUU PSB, akta sedia ada sudah cukup baik

JADIKAN Residensi Kerinchi sebagai contoh ekoran pembinaan pangsapuri moden 18 tingkat yang menggantikan perumahan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi tidak membebankan penduduk asal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUHU politik negara kembali hangat dengan kontroversi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), yang menerima tentangan meluas.

Isu ini mendorong perbandinga antara kepimpinan Perdana Menteri terdahulu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah, walaupun dikritik, berjaya memperkenalkan gagasan Islam Hadhari dan banyak berjasa dalam sektor perumahan. Antaranya, beliau melaksanakan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menangani isu setinggan. Malah, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) juga diteruskan hingga kini.

Persoalannya, adakah perlu satu akta baharu seperti RUU PSB untuk pembangunan semula bandar? Sebagai contoh, pembinaan semula Flat Kerinchi yang usang semasa era Najib dilakukan tanpa akta baharu, hanya menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada. Penduduk asal juga tidak terbeban dengan kos pembelian rumah baharu.

Ini bermakna tiada keperluan untuk wujudkan RUU baharu kerana dengan Akta 1967 sedia ada boleh dilaksanakan proses meroboh dan membangunkan semula dengan menyediakan rumah mampu milik yang lebih baik dan tidak membebankan penduduk asal untuk mendudukinya semula.

Kerajaan diharap tidak mengambil kredit atas projek lama yang dirancang oleh pemimpin terdahulu. Rakyat kini bijak menilai kepimpinan mana yang benar-benar mendahulukan kebajikan dan kepentingan rakyat.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×