Bukit Durian Tarus kena ‘serbu’ lihat pemandangan LPT2

Bukit Durian Tarus kena ‘serbu’ lihat pemandangan LPT2

SEBAHAGIAN peserta Program Nature Fun Run 2.0 Bukit Durian Tarus di Kampung Kua, Ajil, Hulu Terengganu. – UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penganjuran program Nature Fun Run 2.0 Bukit Durian Tarus di Kampung Kua, Ajil, di sini semalam meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 peserta.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Anak Ajil (Ajil Care) itu diadakan secara percuma sebagai satu usaha mempromosi kawasan riadah dengan berlatarbelakangkan pemandangan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Pengerusi Ajil Care, Mohd. Afindi Sulong berkata, program julung kalinya diadakan itu melebihi sasaran awal seramai 500 peserta dengan jarak perjalanan sekitar dua kilometer melibatkan pendakian dan kawasan landai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyertaan diterima bukan sahaja dari komuniti di daerah ini tetapi daerah- daerah lain di seluruh Terengganu selain ada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil yang menetap di luar negeri sanggup pulang bagi memeriahkannya.

“Program dengan slogan Explore The Beautiful LPT View ini merangkumi tiga elemen iaitu Berlari Ria, Berjalan Laju dan mendaki.

“Sambil beriadah, peserta boleh menikmati panorama alam dan pemandangan LPT2 sebagai satu daya tarikan.

“Kawasan setempat ini tidak begitu diketahui, melalui penganjuran program sebegini ia diharap dapat memperkenalkannya lagi destinasi yang mempunyai potensi tersendiri bagi menarik kehadiran orang ramai khususnya untuk aktiviti riadah,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang juga Pengarah Program Fun Run 2.0 Bukit Durian Tarus berkata, bagi menaikkan semangat peserta, pihaknya menyediakan medal kepada 200 peserta terawal yang berjaya menamatkan cabaran selain hadiah istimewa untuk pakaian menarik perhatian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN