Mural bangkit memori panggung wayang lama

Mural bangkit memori panggung wayang lama

MUHAMMAD Syafiq Mohd. Adib di hadapan lukisan mural dihasilkannya di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sebuah bangunan lama yang pernah dijadikan sebagai panggung wayang sekitar tahun 1950-an sehingga awal tahun 1990-an di pekan Kuala Pilah di sini kini menjadi tarikan menerusi lukisan-lukisan mural di dinding bangunan itu.

Lebih menarik lukisan mural yang diapaparkan itu adalah bertemakan filem-filem popular seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Nawal Mohamed Amin berkata, tema lukisan mural itu dipilih berdasarkan sejarah bangunan tersebut yang pernah menjadi panggung wayang dan pernah menayangkan filem-filem popular Tan Sri P. Ramlee yang memang dekat di hati rakyat.

“Selain itu, poster filem Tunang Tok Dukun arahan Allahyarham Datuk S. Roomai Noor turut diabadikan dalam mural tersebut kerana terdapat satu babak di dalam filem itu di mana bas melalui jalan Bukit Putus, laluan terkenal di Kuala Pilah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, projek seni mural di bangunan itu yang kini menempatkan operasi sebuah pasar raya telah bermula sejak tahun 2021 yang turut melibatkan beberapa lokasi lain.

Sementara itu, pelukis mural berkenaan, Muhammad Syafiq Mohd. Adib, 31, berkata, peluang menzahirkan karya seni di pekan kelahirannya sudah tentu memberi kepuasan yang berbeza.

“Selalunya saya hasilkan mural di Selangor dan Kuala Lumpur. Apabila dapat buat di Kuala Pilah rasa lain sebab dekat dengan keluarga, lebih bersemangat untuk siapkan. Saya juga mahu orang luar tahu mural di sini juga hebat dan setanding dengan tempat lain,” katanya ketika ditemui.

Dia berkata, sepanjang proses menyiapkan mural itu, ramai penduduk lama pekan Kuala Pilah singgah melihat hasil kerja berkenaan sambil berkongsi kenangan mereka terhadap bangunan tersebut.

“Ramai bercerita tentang pengalaman mereka menonton wayang di sini suatu dahulu. Mural ini bukan sekadar lukisan tetapi menghidupkan semula memori,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×