CUEPACS harap bonus sebulan gaji kembali

CUEPACS harap bonus sebulan gaji kembali

ADNAN Mat (duduk, tengah) bergambar bersama kakitangan awam pada Majlis Makan Malam Apresiasi Cuepacs Terengganu 2025 di Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penjawat awam sudah lebih 12 tahun tidak menerima bonus sebulan gaji dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ia dapat dipertimbang kerajaan dalam Belanjawan 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, walaupun kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sebanyak lapan peratus pada Disember lalu dan tambahan tujuh peratus yang bakal dinikmati Januari depan, pemberian bonus tetap dianggap penghargaan istimewa kepada anggota perkhidmatan awam.

“CUEPACS berterima kasih dengan pengumuman kenaikan gaji, namun pada masa yang sama kami amat berharap pemberian bonus sebulan gaji dapat dikembalikan. 

“Sudah terlalu lama ia tidak dilaksanakan. Apa yang diberikan sejak kebelakangan ini hanyalah bantuan khas kewangan RM500 sedangkan bonus sebulan gaji merupakan penghargaan sebenar terhadap jasa penjawat awam,” katanya selepas Majlis Makan Malam Apresiasi Cuepacs Terengganu 2025 di sini, malam tadi.

Menurut Adnan, pemberian bonus sebulan gaji akan menjadi suntikan motivasi besar kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam selepas sekian lama menunggu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN