Lelaki tak mengaku aniaya anak tiri

Lelaki tak mengaku aniaya anak tiri

Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan berkaitan penganiayaan terhadap kanak-kanak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan penganiayaan terhadap anak tirinya berusia enam tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 2, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamed Ra’id Taqiuddin Ismail, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas kanak-kanak lelaki itu telah menganiayai mangsa dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di PPR Melana Indah Fasa 2 antara pukul 8 hingga 9 malam, pada 24 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) Akta yang sama.

Lelaki itu boleh dikenakan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum 20 tahun, atau atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Sebagai tambahan, tertuduh hendaklah diperintahkan supaya menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah jaminan dikenakan kepada tertuduh berjumlah RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada Mahkamah.

Siti Fatimah turut memaklumkan mangsa yang baru keluar wad kini berada di bawah jagaan nenek dan Ibu saudara mangsa manakala tiga beradik yang lain tinggal bersama jiran mereka.

Hakim membenarkan lelaki itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada Mahkamah dan tidak boleh menghubungi dan mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk melantik peguam dan menetapkan tarikh 30 September ini sebagai sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Dalam mahkamah berasingan, isteri tertuduh, Nurul Haslina Abd. Rahim, 32, turut berdepan pertuduhan membenarkan anak kandungnya itu dianiaya suaminya.

Bagaimanapun, suri rumah itu tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini