Warga emas kenang hidup susah di zaman Jepun

Warga emas kenang hidup susah di zaman Jepun

DERMATAKZIAH Samad berkongsi pengalaman sukar hidup di zaman Jepun ketika ditemui di Parit. Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang warga emas masih mengenang kesukaran hidup di zaman pendudukan Jepun di negeri ini lebih 80 tahun lalu termasuk ketika penduduk memakan ubi kayu untuk terus hidup.

Dermatakziah Samad, 86, berkata, kesukaran mendapatkan sumber makanan asasi seperti beras ketika itu menyebabkan majoriti penduduk kampung tiada pilihan lain selain menanam ubi kayu berhampiran kediaman.

“Ubi kayu ini tanaman rintang penyakit tidak perlu dijaga dengan rapi selain hasilnya banyak bukan sekadar cukup untuk keperluan keluarga tetapi penduduk kampung lain.

“Bendang (sawah) tidak bo­leh diusahakan selain tidak boleh ke sungai untuk merangkap ikan, jadi pilihan apa yang ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Teluk Bakong Hulu di sini semalam.

Katanya lagi, semua golongan tidak mengira kanak-kanak, remaja, dewasa malah wanita berpantang selepas bersalin hanya memakan ubi kayu yang direbus sebagai makanan seharian.

“Malah, memang perlu ikat perut kadang-kadang makan sekali sahaja sehari. Tiada istilah memilih makanan, kekal hidup atau berisiko untuk mati.

“Selain direbus, ubi kayu dijadikan bubur atau kanji. Jika ada beras pun ia cukup terhad dan amat sukar untuk didapati,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×