Merdeka bukan sekadar cuti umum atau bunga api di langit malam. Ia tentang rasa bangga kita sebagai anak Malaysia bila dapat membawa sedikit tanah air ke mana sahaja.
Dari restoran mamak, tempat kita gelak sampai pagi, ke jalan sibuk penuh warna di kota besar, hingga ke destinasi jauh di luar negara, semangat Malaysia tetap melekat.
Itulah yang ada dalam koleksi Oxwhite x Loka Made Truly Asia Print T. Sehelai baju dengan sejuta kenangan dan cerita seorang anak Malaysia.
Bayangkan suasana di mamak. Dari roti canai panas ke teh tarik berbuih, setiap hidangan adalah bahasa hati yang difahami ramai.
Di situlah keindahan Malaysia, berbeza, tapi sentiasa bersama. Dan semangat itulah yang dijahit dalam baju T ini.
Menggabungkan kenangan lama dengan gaya moden, supaya setiap orang yang memakainya terasa seolah-olah membawa sebahagian daripada Malaysia.
Motif di belakang baju ini ala setem lama. Ikonik dan berani seperti cop pasport setiap kali melintasi sempadan. Nostalgia bercampur budaya pop dengan elemen warisan yang dipintal menjadi gaya jalanan moden.

Jangan risau peluh berlecak semasa menunggu bunga api di stadium. Fabrik dalam koleksi ini adalah 73 peratus kapas dan 27 peratus poliester composite elastic fibre.
Maksudnya, material ini lembut, mudah bernafas, regangan selesa, di samping anti-UV 50+ UPF.
Boleh berjalan di bawah terik matahari Malaysia dan masih kelihatan on-point. Ditambah pula dengan fungsi cepat kering. Kalau terkena kuah kari mamak, settle dalam sekelip mata.
Untuk wanita Malaysia, koleksi baju T ini begitu versatil. Nak pergi kerja? Masukkan dalam tailored pants dan tambah blazer cropped. Terus dapat boss energy.
Nak keluar lepak dengan kawan-kawan? Gayakan dengan denim skirt, sneakers putih dan beg tote besar. Comfy tapi chic.
Kalau ingin nampak santai, masukkan separuh baju dengan kain batik pareo atau sarung moden. Pasti jadi showstopper menerusi gabungan stylo itu.
Bagi yang bertudung, baju T ini boleh digayakan dengan inner lengan panjang dan seluar wide-legged di samping bawal satin atau shawl bercorak. Terus nampak elevated tanpa hilang cool factor. Yang penting, setiap gaya masih bawa semangat merdeka iaitu bebas, berani dan penuh warna.

Paling menarik, koleksi baju T ini datang dengan poskad edisi terhad. Sekeping kad yang bukan sekadar hiasan dan boleh dikongsi dengan sesiapa.
Kadang-kadang kita berada jauh dari tanah air, tapi ilustrasi kopitiam atau setem mamak di poskad ini cukup untuk membuatkan hati terasa dekat.
Koleksi ini bukan sekadar statement fesyen. Ia adalah peringatan, di mana pun kita berada, Malaysia tetap di hati.
Sarung baju T ini di London, Melbourne, Tokyo atau New York, orang tanya “Eh, Malaysia ah?” dan dengan bangga jawab, “Ya, saya anak Malaysia!”
Merdeka ialah gaya, rasa dan jiwa. Mari kita bawa Malaysia ke mana pun kita pergi.









