Trump jangka genosid di Gaza berakhir tiga minggu lagi - Utusan Malaysia

Trump jangka genosid di Gaza berakhir tiga minggu lagi

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan perang Israel di Gaza ditamatkan, ketika kemarahan masyarakat antarabangsa terus memuncak berikutan kekejaman yang dilakukan

“Saya rasa dalam dua hingga tiga minggu akan datang, anda akan lihat satu penamatan yang agak baik dan konklusif,” kata Trump kepada wartawan pada Isnin.

Sebelum ini, Trump beberapa kali menjanjikan pengakhiran kepada perang tersebut dengan gaya retorik khasnya, namun kenyataannya itu tidak pernah diterjemahkan kepada gencatan senjata mahupun kelancaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang menderita di bawah sekatan kejam Israel.

Pentadbiran Trump terus membekalkan berbilion dolar senjata kepada Israel dan menolak usaha antarabangsa untuk mengiktiraf negara Palestin.

Pada Februari lalu, Trump turut mencadangkan semua rakyat Palestin dipindahkan dari Gaza dalam satu pelan yang disifatkan oleh pakar sebagai pembersihan etnik dan tergolong dalam jenayah terhadap kemanusiaan.

Lebih memalukan, Trump juga tidak menyedari serangan Israel yang mengorbankan 21 rakyat Palestin, termasuk lima wartawan, di Hospital Nasser, Gaza.

Apabila ditanya mengenai kejadian itu, beliau menjawab:

“Saya tidak gembira dengannya. Saya tak mahu lihat perkara itu berlaku. Tapi dalam masa sama, kita perlu tamatkan mimpi ngeri ini,” katanya.

Trump kemudiannya mengalihkan topik dengan membincangkan usaha pentadbirannya untuk membebaskan tebusan Israel yang masih ditahan di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×