Guna barangan terbuang hias landskap halaman rumah

Guna barangan terbuang hias landskap halaman rumah

HALIJAH Manhart membuat sendiri landskap rumahnya serta menambah hiasan bagi menceriakan lagi sambutan Hari Kebangsaan ketika ditemui di Felda Bukit Rokan, Tampin baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Pelbagai cara diambil orang ramai untuk menyema­rakkan sambutan hari kebangsaan tahun ini.

Bagi seorang suri rumah di Felda Bukit Rotan di sini, Halijah Manhart, 62, dia menggunakan pelbagai barangan terbuang yang kemudiannya dihias untuk menceriakan kawasan halaman rumah.

Katanya, dia lebih gemar menggunakan barangan terbuang kerana lebih jimat selain mampu mencipta kenangan tersendiri.

“Saya banyak cuba-cuba guna barang terbuang bagi menghasilkan hiasan. Bunga-bunga saya dalam tong, saya akan gunakan barang-barang terbuang, saya suka buat sendiri.

“Saya akan buat batu daripada baju lama, hendak buang sa­yang, mahu beri kepada orang, mereka tak mahu. Jadi, saya buat baju lama jadi cen­dawan, saya simen dan guna penutup kipas,” katanya.

Ujar Halijah, tahun juga dia sedang membuat rekaan rama-rama menggunakan aluminium yang dibelinya sebagai hiasan tambahan di rumahnya.

“Merdeka kali ini, saya guna bendera lama dan ada pertambahan sedikit. Mana bahan-bahan terbuang saya jadikan landskap. Tayar pula saya buat bunga matahari, cendawan kecil-kecil saya gunakan daripada tempurung,” katanya.

Menurutnya, kali ini dia memilih rama-rama sebagai simbolik Malaysia Madani yang boleh dianggap untuk terbang lebih jauh mengharumkan nama negara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×