Cubaan seludup 173 tan beras guna treler gagal

Cubaan seludup 173 tan beras guna treler gagal

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (kanan) bersama pegawainya menunjukkan rampasan beras bersama sebuah treler dalam sidang akhbar  di Pejabat Penguatkuasaan Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Cubaan sindiket membawa keluar lebih 173 tan metrik beras seludup ke Lembah Klang menggunakan lori-lori kecil dan treler bagi mengaburi mata pihak berkuasa digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). 

Jabatan itu merampas bahan mentah bernilai RM665,763 termasuk cukai dalam serbuan berasingan sepanjang sebulan bermula 15 Julai lalau di Jajahan Tanah Merah dan Pasir Mas.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya turut menahan enam pemandu termasuk kelindan bagi membantu siasatan bersabit rampasan tersebut.

Menurutnya, JKDM Kelantan turut menyita enam buah kenderaan yang digunakan untuk tujuan penyeludupan.

“Siasatan awal mendapati, sindiket ini dikesan menggunakan taktik memindahkan beras dari lori kecil ke treler besar dari kawasan pangkalan haram sebelum diedar ke Lembah Kelang.

“Kegiatan ini dipercayai dijalankan pada waktu malam bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelak sekatan jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang di sini, hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, rampasan itu adalah kejayaan terbesar JKDM Kelantan bagi tahun ini dalam mematahkan cubaan penyeludupan beras.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk duti dan kenderaan berjumlah RM2.04 juta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×