Pasak Kedah pertahan Sanusi dakwa Himpunan Honggaq gagal

Pasak Kedah pertahan Sanusi dakwa Himpunan Honggaq gagal

PESERTA yang menyertai Himpunan Pasak Kedah bagi menyokong Muhammad Sanusi Md. Nor di Taman Rimba, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Himpunan Pasak yang menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengumpulkan lebih 200 peserta di Taman Rimba berdekatan Wisma Darul Aman, di sini petang tadi. 

Penganjur Pasak, Mohammad Haromen Zaki berkata, kehadiran peserta itu membuktikan rakyat Kedah menghargai usaha kerajaan negeri dalam menangani isu pembangunan serta bekalan air, meskipun berdepan pelbagai tohmahan.

Beliau juga mendakwa, Himpunan Honggaq Kedah yang turut dianjurkan serentak berdekatan Wisma Darul Aman bagi mengkritik kepimpinan Menteri Besar itu gagal meraih sambutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami dapat laporan himpunan mereka sekitar 70 orang sahaja, sedangkan Pasak lebih 200 orang berhimpun menyatakan sokongan. Ini bukti rakyat masih percaya kepada kepimpinan negeri,” katanya ketika ditemui selepas himpunan itu.

Dalam himpunan itu, peserta turut membawa simbolik pisang yang menurut Mohammad Haromen sebagai protes kepada penganjur dan penyokong Himpunan Honggaq Kedah.

Tambahnya, tujuan Pasak turun padang adalah bagi memberi gambaran sebenar kepada semua pihak bahawa kepimpinan Muhammad Sanusi masih mendapat sokongan rakyat.

“Tak semudah seperti yang dibangkitkan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri gagal. Contoh mudah, masalah paip lama sudah berlarutan lebih 60 tahun tanpa penggantian berkala. 

“Kini, Menteri Besar sedang berusaha memulakan projek penggantian paip, tetapi ia memakan masa kerana melibatkan kawasan bandar, kabel elektrik dan laluan rumah penduduk,” katanya.

Terdahulu, Sekretariat Suara Anak Kedah menyerahkan memorandum berkaitan 10 isu utama melibatkan kerajaan negeri kepada Muhammad Sanusi sempena Himpunan Honggar Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini