Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima kebesaran Melaka

Ketua Hakim Negara ketuai senarai penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

MOHD. ALI Mohd. Rustam menyematkan DUNM kepada Wan Ahmad Farid Wan Salleh membawa gelaran Datuk Seri Utama pada Istiadat Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2025 di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengetuai senarai penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Wan Ahmad Farid dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pula dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut sama menerima anugerah tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar.

Bagi Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira pula antara penerima ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM, Datuk Aniz Rizana Mohd. Zainudin dan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Sementara itu antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk termasuklah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Shahnaz Sulaiman; Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Datuk Cheong Loon Lai; Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dan Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad.

Turut menerima D.M.S.M ialah Pensyarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof Datuk Dr. Mohd. Shahrir Mohd. Sani; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Datuk Khairul Kamarudin.

Bagi Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pula adalah Duta Besar Malaysia ke Algeria, Datuk Rizany Irwan Muahamad Mazlan; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Datuk Khairul Azreem Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Siti Faizah Abdul Azis dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi.

Kerajaan Negeri juga turut menganugerahkan DPSM kepada Datuk Fan Bingbing yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Negeri Melaka yang telah membantu mempromosikan Negeri Melaka ke seluruh dunia.

Turut menerima DPSM ialah Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan III, Jabatan Peguam Negara; Datuk Kamal Baharin Omar; Jurulatih skuad Melaka FC, Datuk K. Devan dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd., Datuk Mohd. Rafiq Mat Razali.

Pada tahun ini Mohd. Ali turut mentauliahkan Jaksa Pendamai (J.P) kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ismail Salleh; bekas ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Datuk Wong Nai Chee.

Selain itu, sebanyak 93 penerima turut dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M), 159 penerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M), 233 penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), 351 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 138 penerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) dan enam penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×