Tun Mohd. Ali pemimpin disenangi semua lapisan masyarakat

Tun Mohd. Ali pemimpin disenangi semua lapisan masyarakat

MOHD. Ali Mohd. Rustam merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menghadiri Majlis Perasmian Jualan Pra Ramadan Melaka Madani 2023 di Tapak Pasar Tani Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dilihat majoriti rakyat negeri ini sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, mesra, berpendirian tegas, berani, cekal dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Pemimpin masyarakat, Datuk Hasnoor Sdg. Husin berkata, keperibadian Mohd. Ali kekal utuh sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri pada 1999 sehingga 2013.

Menurutnya, walaupun kini bergelar Yang Dipertua Negeri, sifat-sifat tersebut tidak pernah padam dan diakui sesiapa sahaja yang bertemu Mohd. Ali.

“Saya mengenali beliau sejak 1995 sebagai seorang yang kuat bekerja tidak kira waktu dan hari. Tun tidak pernah mengenal penat dan lelah hingga sanggup bekerja sehingga pukul 3 pagi, kalau orang lain pukul 5 petang Sudah balik tetapi itu tidak ada dalam dirinya,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-76, Mohd. Ali akan meng­anugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Ne­geri Melaka bermula hari ini untuk sesi pertama manakala sesi kedua dan ketiga pada Isnin.

Mohd. Ali yang berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Batu Berendam sejak 1995 hingga 1999.

Beliau mula dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Kesembilan dari 1999 hingga 2013 dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka Ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Mohd Ali merupakan anak jati kelahiran Melaka yang dilahirkan di Hospital Melaka pada 24 Ogos 1949 dan berasal dari Kampung Bukit Katil.

Bagi Ahli Lembaga Pengarah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Rahim Abu, Mohd. Ali mudah mesra tidak kira de­ngan siapa beliau bertemu.

“Beliau mudah menerima pandangan orang ramai secara positif, seorang yang sangat penyabar, rasional dan mempunyai pemikiran terkehadapan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×