13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah bunuh rakan

13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu didapati bersalah bunuh rakan

KESEMUA tertuduh yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Tawau, Sabah atas kesalahan membunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini mendapati bahawa 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd. Narul Azwan, 17, dalam kejadian di asrama kolej itu, tahun lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan tersebut selepas meneliti keterangan saksi dan mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh berusia antara 16 hingga 19 tahun itu disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh mangsa antara pukul 9 malam, 21 Mac 2024 hingga pukul 7.38 pagi, 22 Mac 2024

Bagaimanapun, hukuman terhadap mereka akan ditetapkan pada 28 Ogos ini sementara menunggu laporan akhlak daripada pegawai kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lahad Datu seperti dikehendaki Seksyen 90 (12) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam ringkasan alasan penghakiman, Duncan berkata, pembelaan 13 tertuduh hanya berupa penafian, malah keterangan mereka lebih  kepada menyalahkan antara satu sama lain dan cuba mengurangkan penglibatan masing-masing.

“Keterangan doktor juga jelas tidak menyokong pembelaan mereka apabila mengesahkan kecederaan mangsa dilakukan oleh ramai orang, bukannya individu tunggal. Insiden ini bukanlah kejadian terasing tetapi serangan yang dirancang dan berpanjangan dengan niat bersama,” katanya.

Mohamad Nazmie Aizzat dilaporkan maut selepas diserang di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian di KVLD.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd. Latif bersama Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd. Khu lapan tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye manakala lima lagi masing-masing diwakili Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×