Perolehan TH telus, ikut tatakelola ketat

Perolehan TH telus, ikut tatakelola ketat

DR. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap pe­lantikan pembekal perkhidmatan dibuat melalui proses saringan ketat, mematuhi polisi serta garis panduan perolehan yang telah diluluskan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, garis panduan itu diluluskan pada Disember 2021 dan dikuatkuasakan pada Mac 2022, dengan pelaksanaan perolehan dibuat sama ada melalui tender terbuka atau rundi­ngan terus bergantung kepada keperluan.

“Pada 2012, TH telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan untuk dikecualikan daripada proses perolehan kerajaan dengan kuasa pelantikan diberikan sepenuhnya kepada Ahli Lembaga Pengarah.

“Bagi kes yang dibangkitkan, rundingan terus dilakukan secara teliti dengan konsortium syarikat perunding yang mempunyai kepakaran berbeza bagi menyusun semula strategi khususnya dalam fungsi tabungan, bagi menangani kadar simpanan rendah dalam kalangan pendeposit,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai amalan perolehan runding terus oleh agensi berkenaan.

Mohd. Na’im berkata, se­tiap pemilihan melalui run­dingan terus tetap tertakluk kepada proses tatakelola yang ketat termasuk penilaian teknikal dan komer­sial, perundingan harga, kelulusan Jawatankuasa Tender sebelum dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan nilai terbaik kepada organisasi.

“Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan TH di bawah Pengerusinya, Tan Sri Rashid Hussain, seorang tokoh korporat yang terbukti berwibawa dalam urusan pelaksanaan.

“Penjelasan mengenai run­dingan terus yang dibuat mempunyai kewajaran serta justifikasi munasabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN