Rayu bantuan dana pembedahan anak

Rayu bantuan dana pembedahan anak

MUHAMMAD Aliffudin Ramlee dan isterinya Nurhafizah bersama anak mereka Umar Al Mukhtar yang berhadapan penyakit Biliary Atresia ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Sri Nyior di Kluang, Johor, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sepasang suami isteri merayu keprihatinan orang ramai untuk membantu mendapatkan dana bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati anak mereka yang kini berhadapan dengan penyakit Biliary Atresia.

Bantuan itu amat diperlukan segera kerana keadaan anak kedua daripada dua beradik itu semakin merosot kesihatannya walaupun telah melakukan pembedahan setahun yang lalu.

Muhammad Aliffudin Ramlee, 36, berkata, anaknya Umar Al Mukhtar, 14 bulan, mula dikesan menghidap penyakit masalah hati itu sejak berusia dua bulan sebelum dilakukan pembedahan itu.

Katanya, bagaimana pun usa­ha itu tidak membuahkan ha­sil dan menyebabkan ke­adaan hatinya semakin teruk dan kini perlu melakukan pemindahan hati yang akan dilakukan di China dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun, pembedahan pemindahan hati antara ibunya Nurhafizah Lokaman,31, dan Umar hanya dapat dilakukan selepas memperolehi dana berjumlah RM185,000.

“Jumlah itu merangkumi kos pembedahan termasuk perjalanan, penginapan kira-kira sebulan di sana dan kos ubat-Ibadan selama setahun,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Muhammad Aliffudin berkata, pihaknya masih belum dapat menetapkan tarikh untuk melakukan pembedahan itu kerana dana tidak mencukupi.

“Saya dengan rendah diri merayu keperihatinan orang ramai bagi membantu kami. Orang ramai yang bersimpati dan ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Muhammad Aliffudin di nombor 019-7260730 untuk maklumat lanjut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×