Kementerian Komunikasi arah agensi tingkat kefahaman rakyat isu tular

Kementerian Komunikasi arah agensi tingkat kefahaman rakyat isu tular

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi mengarahkan agensinya mempergiat penghasilan kandungan bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap isu tular di media sosial, termasuk kes melibatkan Zara Qairina Mahathir.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu melibatkan Jabatan Penerangan (Japen), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat tepat dan beretika.

Katanya, kes Zara Qairina yang kini dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 (Seksyen 15) yang jelas menyekat sebarang bentuk pendedahan berhubung identiti remaja bawah umur.

“Memang benar Akta Kanak-Kanak 2001 Seksyen 15 dengan sangat jelas bahawa terdapat sekatan dikenakan apabila sesuatu kes itu melibatkan kanak-kanak. 

“Ia bukan atas arahan mana-mana pihak tetapi berdasarkan undang-undang sedia ada. Mana-mana kes membabitkan remaja di bawah umur 18 tahun, memang akta akan terpakai. Ia secara automatik,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi juga mendedahkan sikap segelintir pempengaruh yang sanggup ‘menunggang’ kes kematian pelajar tingkatan satu itu bagi meraih keuntungan.

“Kita nampak memang ada satu budaya rata-rata warga netizen. Mereka terima bulat-bulat apa yang mereka lihat dalam media sosial. 

“Jadi itulah sebab kenapa kita dapati media sosial ini kita perlu berhati-hati. Ia bukan seperti media arus perdana, bukan seperti surat khabar di mana akhbar kita tahu ada etika dan integriti kewartawanan.

“Bila jumlah tontonan berjuta mesti ada pulangan kewangan kepada pempengaruh itu. Tapi aspek integriti, aspek pengesahan identiti tidak dilakukan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×