Demam gugat misi Arif ke Paris

Demam gugat misi Arif ke Paris

Wan Arif Wan Junaidi dan Yap Roy King berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam sebagai persiapan ke Kejohanan Dunia di Paris. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketenangan kem beregu lelaki negara sedikit terusik menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Paris apabila Arif Junaidi disahkan kurang sihat hanya beberapa hari sebelum aksi bermula.

Pemain berusia 23 tahun yang berpasangan dengan Yap Roy King itu terpaksa meninggalkan sesi latihan Isnin lalu akibat demam dan keletihan, sebelum kembali mencuba di gelanggang semalam.

Walaupun sudah kembali ke gelanggang, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata, Arif masih jauh untuk mencapai tahap kecergasan yang maksimum.

“Arif mengalami demam dan selesema, jadi dia tidak berlatih pada Isnin. Hari ini (semalam) dia cuba turun semula, tetapi hanya sempat menyertai dua program sahaja.

“Keadaannya belum pulih sepenuhnya, namun saya harap esok dia sudah kembali normal,” kata Herry selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Herry bagaimanapun menyatakan kerisauannya terhadap kesihatan Arif apabila beliau bakal berdepan dengan jadual yang padat, minggu depan.

“Kalau ditanya, memang saya risau juga, tetapi melihat keadaannya hari ini saya percaya dia mampu bermain. Cuma harapan kami dia cepat pulih,” ujarnya.

Selepas kejayaan sulung menjulang kejuaraan Terbuka Macau baru-baru ini, Arif-Roy King dijangka memulakan kempen menentang gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dengan aspek kecergasan menjadi penentu kemenangan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×