Tujuh saksi dipanggil bantu siasatan kes buli Izzul Islam

Tujuh saksi dipanggil bantu siasatan kes buli Izzul Islam

IZZUL ISLAM AZUAN ISAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai tujuh individu telah dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes buli murid tahun empat sehingga mengalami gegaran otak pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Ab. Rahaman Arsad berkata, keterangan percakapan itu melibatkan pegawai perubatan yang merawat mangsa, murid sekolah yang menjadi saksi kejadian serta ahli keluarga, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10.

“Setakat ini tujuh saksi telah diambil keterangan, jika ada keperluan kita akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan bergantung kepada keputusan laporan perubatan.

“Mangsa masih lagi menjalani rawatan dan  pemantauan pihak hospital, pihak hospital pun belum boleh keluarkan laporan lagi sebab mangsa belum selesai jalani rawatan.

“Jadi polis sedang menunggu laporan perubatan penuh sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mengalami gegaran otak selepas didakwa dibuli dan dipukul oleh rakan sekolahnya,” katanya ketika ditemui selepas melawat Izzul Islam di Hospital KPJ Puteri di sini, hari ini.

Terdahulu, ibu mangsa, Siti Suhaina Misdi, 39, mendakwa anaknya dipercayai dipukul sehingga mengalami gegaran otak dan gangguan ingatan, pada 7 Ogos lalu.

Ab Rahaman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×