Piala FA: Sabah mudah benam Bunga Raya

Piala FA: Sabah mudah benam Bunga Raya

PEMAIN Bunga Raya FC, Nik Muhammad Aqib Nik Hasan (kanan) menghalang bola daripada dirampas pemain Sabah FC Miguel Angel Garrido Cifuentes pada aksi Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Sabah FC menepati status sebagai pasukan dari Liga Super apabila mudah menumpaskan pasukan dari Liga A1 Semi Pro iaitu Bunga Raya FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, petang tadi, Sabah FC menang dengan keputusan 6-0.

Sabah mendahului tuan rumah dengan gol pertama pada minit ke-9 melalui bekas penyerang kebangsaan, Darren Yee Deng Lok yang menanduk masuk ke gawang Bunga Raya.

Serangan tanpa henti pelawat berjaya membolosi gawang lawan yang dikawal M. Satthyvel menerusi jaringan Fergus Tierney pada minit ke-18.

Bunga Raya FC yang dipimpin jurulatih, Zurin Adra Azhar turut mengasak beberapa kali ke gawang Sabah namun hampa untuk menewaskan penjaga gol Damien Lim Chien Khai.

Sabah di bawah bimbingan jurulatih baharu dari Australia, Daniel Jean-Paul Desvaux De Marigny kemudian terus mengawal tempo permainan dan hasilnya mereka memperoleh gol ketiga pada minit ke-44 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Memasuki separuh masa kedua, Sabah terus menggandakan kelebihan apabila Darren Lok menjaringkan gol keempat pada minit ke-47.

Penyerang itu kemudian melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-52 untuk gol kelima pelawat.

Pada minit ke-79, Sabah sekali lagi mendapat sepakan penalti yang Berjaya disudahkan pemain import Ajdin Mujagic sekali gus gol keenam pasukan itu.

Keputusan 6-0 memihak Sabah itu kekal hingga tamat aksi 90 minit. Perlawanan timbal balik kedua-dua pasukan dijadualkan berlangsung pada September ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×