Melaka terus perkasa STEM, TVET

Melaka terus perkasa STEM, TVET

AB Rauf Yusof bergambar kenangan bersama pelajar selepas merasmikan majlis penutup Program Yes! Rock The School Edisi Mega 2025 di Dewan Canselor UTeM, Durian Tunggal, Melaka hari ini.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan terus memperkukuhkan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)  dan Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  sebagai teras penting melahirkan generasi berkemahiran tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pendidikan STEM di negeri ini kini telah melangkah jauh melalui pelbagai inisiatif di 61 institusi TVET dan universiti bagi memastikan generasi muda mampu berdaya saing dan menjadi rebutan pihak industri.

Menurutnya, kemasukan baharu pelajar ke institusi TVET di seluruh Melaka setakat Julai 2025 meningkat hampir 40 peratus iaitu hampir 7,000 pelajar mendaftar berbanding lebih 5,000 pelajar pada tahun sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencatat lebih 60,000 permohonan kemasukan pengajian dalam bidang TVET setakat Mei lalu sekali gus menjadi petunjuk jelas bahawa minat terhadap bidang teknikal semakin meningkat.

“Hari ini, dunia bergerak pantas. Bidang teknologi berkembang saban detik. Kita tidak boleh hanya jadi pengguna teknologi, kita mesti jadi pencipta dan peneraju.

“STEM adalah kunci manakala TVET adalah enjin yang akan membawa kita ke hadapan.

“Saya amat berharap pendedahan mengenai bidang kemahiran STEM terus diperluas dan diperkasa kerana ia menjadi teras penting dalam membekalkan kemahiran kritikal dan inovasi,” ujarnya berucap merasmikan majlis penutup Program Yes! Rock The School Edisi Mega 2025 di Dewan Canselor UTeM di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ab. Rauf berkata, Program YES! Rock the School yang disertai hampir 700 pelajar dari seluruh negara itu  adalah jambatan kepada masa depan, ruang untuk generasi muda mengenali potensi, bakat dan minat dalam pelbagai bidang kerjaya.

Menurutnya, program kali kelima anjuran Kementerian Sumber Manusia dan TalentCorp itu adalah platform untuk membimbing generasi muda mengenali potensi kerjaya dalam era ekonomi digital dan berteknologi tinggi.

“Melalui program ini ia dapat melahirkan dan membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal dan insaniah yang kekal relevan merentasi pelbagai Industri,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini