Pakej badal haji RM1,500 tidak logik

Pakej badal haji RM1,500 tidak logik

Kenaikan pelbagai kos mengerjakan haji di Arab Saudi tidak memungkinkan tawaran pakej badal haji pada harga RM1,500. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakej badal haji serendah RM1,500 yang ditawarkan oleh pihak tertentu kepada umat Islam negara ini disifatkan sebagai tidak realistik.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Moha­mad berkata, ini kerana harga pakej haji bagi penduduk tempatan Arab Saudi pada musim 1446H lalu bermula sekitar RM11,300 yang merangkumi permit kebenaran serta khemah di Masyair.

Menurutnya, harga itu tidak termasuk kos pengangkutan udara atau darat, penginapan, makanan di Mekah dan Madinah serta lain-lain keperluan.

Katanya, kos sebenar ini perlu difahami rakyat negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej badal haji yang terlalu murah, seperti diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan setiap individu luar negara wajib mendapatkan visa haji manakala penduduk tempatan pula perlu memiliki permit kebenaran daripada pihak berkuasa. Tidak semua permohonan permit akan diluluskan.

“Dengan kos sebenar yang tinggi ini, mustahil khidmat badal haji boleh ditawarkan pada harga yang sangat rendah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mustakim berkata, penduduk tempatan Arab Saudi hanya dibenarkan menunaikan ibadah haji sekali dalam tempoh lima tahun sebagai salah satu langkah pe­ngawalan.

Tanbahnya, terdapat unsur penipuan dalam kalangan pihak yang mengambil upah badal haji dengan nisbah pelaksana tidak seimbang sehingga seorang pelaksana menunaikan badal haji untuk 200 orang.

“Amalan ini bertentangan de­ngan syariat Islam dan peraturan yang ditetapkan. Kerajaan Arab Saudi juga telah memperketat penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan visa atau permit palsu yang boleh menyebabkan jemaah didenda, penjara dan disenarai hitam untuk memasuki negara itu selama beberapa tahun,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×