Ketegasan, empati: Nilai bentuk masyarakat beretika

Ketegasan, empati: Nilai bentuk masyarakat beretika

KEPEMIMPINAN yang berkesan memerlukan keseimbangan yang teliti antara ketegasan dan empati. -ILUSTRASI AI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETEGASAN dan empati sering dianggap bertentangan, namun kedua-duanya sebenarnya boleh digabungkan secara harmoni dalam kepemimpinan dan hubungan sosial.

Ketegasan merujuk kepada keupayaan menegakkan prinsip, membuat keputusan sukar dan memastikan akauntabiliti. Sebaliknya, empati melibatkan keupayaan memahami dan berkongsi perasaan orang lain serta bertindak dengan belas kasihan.

Kepemimpinan berkesan menuntut keseimbangan kedua-dua sifat ini. Ketegasan menyediakan struktur yang jelas manakala empati memastikan keputusan yang adil, inklusif dan menghormati maruah manusia. Gabungan ini membina kepercayaan, meningkatkan motivasi dan menggalakkan kerjasama.

Amanah menjadi asas kepada ketegasan. Pemimpin perlu jujur, telus dan adil. Empati pula berakar pada nilai seperti hormat, keadilan dan kesediaan mendengar. Ia bukan hanya simpati, tetapi tindakan untuk membantu dan menyelesaikan konflik secara membina.

Menjunjung undang-undang bermaksud memastikan keadilan terlaksana secara konsisten. Dalam organisasi, ini diterjemahkan kepada dasar yang jelas, prosedur telus dan pelaksanaan yang saksama. Peraturan mesti menjaga kepentingan semua pihak dan sebarang kelonggaran mestilah bersebab.

Dalam pendidikan, perkhidmatan awam dan hubungan antarabangsa mementingkan ketegasan dan empati. Guru, pegawai kerajaan dan pemimpin negara perlu bertegas tetapi juga berperikemanusiaan. Nilai agama seperti keadilan, kejujuran dan kesabaran membentuk karakter yang seimbang.

Harmoni diri memerlukan kesedaran dan keselarasan antara dimensi rohani, intelektual, emosi dan fizikal. Dalam masyarakat, nilai toleransi dan empati penting untuk membina hubungan antara budaya dan agama. Dengan pendidikan nilai yang menyeluruh, masyarakat dapat dibentuk dengan lebih adil dan harmoni.-UTUSAN

 

AWANG AFFEROZ AWANG MARIKAN
Jawatan Perunding Latihan Kanan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×