Bekas bendahari kesatuan didenda RM10,000 salah guna dana kebajikan

Bekas bendahari kesatuan didenda RM10,000 salah guna dana kebajikan

JAFRI Wahab (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas didenda sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan menerima suapan. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas Bendahari Kesatuan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) Cawangan Terengganu didenda keseluruhan RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu.

Tertuduh, Jafri Wahab, 59, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman selepas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, Jafri didakwa menyalahgunakan wang Tabung Kebajikan Anulae Cawangan Terengganu berjumlah RM29,200 antara Januari hingga Julai 2020 untuk kegunaan sendiri. Dia pada mulanya berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

Selain itu, tertuduh berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Public Islamic Bank milik Anulae Cawangan Terengganu bagi  2019 hingga 2020.

Mengikut keputusan mahkamah, bagi pertuduhan pertama, tertuduh didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar. Bagi pertuduhan kedua, dia turut didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar.

Sebanyak 11 lagi pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan diambil kira (TIC) mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×