Gali kubur Zara Qairina selesai, bedah siasat esok

Gali kubur Zara Qairina selesai, bedah siasat esok

PASUKAN polis mengawal proses menggali kubur Zara Qairina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIPITANG: Proses menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol di sini selesai selepas lebih sejam proses itu berlangsung.

Menurut peguam mewakili keluarga pelajar berkenaan, Hamid ismail, jasad Zara Qairina kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Katanya, proses bedah siasat dijangka dijalankan pada pukul 9 pagi esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Proses penggalian kubur bermula 5.30 petang tadi dilakukan anggota forensik dengan disaksikan antaranya ibu bapa Zara Qairina.

Sementara itu, kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat tiba di lokasi dan menunggu sejak tengah hari tadi sehinggalah proses penggalian selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini