Kerani rugi lebih RM92,000 terpedaya tawaran kerja sambilan 

Kerani rugi lebih RM92,000 terpedaya tawaran kerja sambilan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kerani wanita kerugian lebih RM92,000 akibat terpedaya dengan sindiket pekerjaan sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 38 itu hanya menerima bayaran didakwa keuntungan sebanyak RM230.

Katanya, pekerja di sebuah syarikat  itu  memaklumkan terlihat iklan kerja sambilan menerusi aplikasi WhatsApp setelah dimasukkan dalam kumpulan bernama ‘Hadiah & Feedback’.

“Kemudian pada 31 Julai lalu, ibu kepada tiga anak itu menekan pautan sebelum dihubungkan dengan seorang individu bernama ‘Faniza’ menerusi aplikasi Telegram sebelum ditawarkan komisen antara 10 hingga 15 peratus.

“Antara tugasan yang perlu dilakukan termasuk menekan butang ‘follow’ dan mengambil gambar tangkap layar, menyebabkan mangsa terpedaya dan berminat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bermula 2 hingga 6 Ogos lalu, mangsa telah membuat 10 transaksi kewangan berjumlah RM92,393 ke dalam enam akaun berbeza.

“Mangsa hanya sedar ditipu selepas terus diminta membuat pembayaran tambahan sebelum boleh mengeluarkan sebarang wang didakwa keuntungan,” katanya sambil memberitahu tiga daripada akaun itu pernah dilaporkan terlibat dengan sindiket penipuan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×