Sektor elektrik dan elektronik manfaat duti sifar

Sektor elektrik dan elektronik manfaat duti sifar – penganalisis

AHMED RAZMAN ABDUL LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebanyakan produk yang akan menerima pengecualian duti ke Amerika Syarikat (AS) adalah dari semikonduktor di bawah sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan penyumbang terbesar eksport Malaysia ke AS, kata penganalisis ekonomi.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengecualian tarif ini hanya untuk produk tertentu yang dihasilkan di Malaysia tetapi pengeluarnya adalah pelabur dari AS. 

“Oleh itu, negara ASEAN lain tidak bersaing dengan produk ini kerana pelabur AS tidak melabur di negara mereka menghasilkan produk yang sama. 

“Sebenarnya tiada saingan produk Malaysia ini dengan negara ASEAN yang lain,” katanya dalam kepada Utusan Malaysia. 

Minggu lalu, Malaysia memansuhkan 1,347 garis tarif bagi produk perindustrian sebagai sebahagian daripada rundingan perdagangan dua hala dengan AS, menjadikan langkah itu antara komponen utama dalam penawaran akses duti sifar ke atas 6,911 garis tarif import dari negara tersebut.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, penghapusan duti ke atas produk perindustrian itu dibuat berdasarkan permintaan rasmi dari AS.

Mengulas mengenai pembelian 30 pesawat Boeing pula, Ahmed Razman berkata, pembelian pesawat tersebut akan mengurangkan defisit perdagangan yang dialami oleh AS apabila berdagang dengan Malaysia. 

“Oleh itu, ia boleh dijadikan sebagai satu lagi ruang untuk Malaysia meminta mengurangkan lagi tarif di masa hadapan kerana defisit dagangan antara kedua negara ini sudah menjadi kecil.

“Kemungkinan pembelian pesawat Boeing adalah salah satu bentuk konsesi tetapi ia dilakukan tatkala Malaysia Airlines Berhad sudah mula mencatatkan keuntungan dan dalam fasa mengembangkan laluan penerbangannya. 

“Jadi, walaupun ia mungkin konsesi, ia boleh diterima kerana memang ada keperluan untuk membeli pesawat baharu,” jelasnya.

Menurutnya, Malaysia sentiasa mengamalkan keterbukaan apabila berdagang dengan mana- negara dan perkembangan terbaharu ini tidak akan menjejaskan hubungan dagang Malaysia dengan blok ekonomi lain seperti China.

“Mereka semua sudah maklum dengan polisi keterbukaan Malaysia dalam bidang ekonomi dan perdagangan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×