16 warga Indonesia cuba masuk secara haram diarah pulang serta-merta

16 warga Indonesia cuba masuk secara haram diarah pulang serta-merta

ANTARA warga Indonesia yang cuba memasuki Malaysia secara haram menggunakan helah transit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 16 warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini secara haram menggunakan helah transit digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), di sini semalam.

AKPS dalam kenyataan berkata, kesemua individu terdiri daripada lelaki dan wanita berusia antara 30 hingga 57 tahun itu tiba dari Surabaya, Indonesia dengan destinasi akhir penerbangan ke Hatyai, Thailand.

Katanya, hasil soal siasat dan semakan lanjut melalui sistem MyIMMs mendapati seramai 15 daripada mereka mempunyai rekod disenarai hitam atas kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan sebelum ini manakala seorang lagi gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Modus operandi mereka dengan menggunakan khidmat ejen atau ‘tekong’ untuk ke Hatyai melalui transit di Malaysia.

“Mereka kemudian cuba masuk semula ke negara ini menggunakan laluan tikus di sempadan utara bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, katanya, kesemua individu terbabit telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) dan diarah pulang ke negara asal dengan serta-merta.

“Dalam perkembangan berasingan, pasukan pemantau KLIA2 turut mengesan seorang pegawai penguat kuasa kaunter rujukan yang didapati memberi cop masuk kepada seorang warga India tanpa memenuhi syarat kemasukan atau counter setting. Pegawai tersebut dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan lanjut.

“AKPS menegaskan bahawa kawalan di semua pintu masuk negara akan terus diperketatkan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang percubaan memasuki negara secara tidak sah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×