ABIM wadah penting lahir pemimpin berintergriti

ABIM wadah penting lahir pemimpin berintergriti

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai gerakan dakwah dan kebajikan yang berakar daripada semangat keilmuan dan keinsafan sosial telah menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin yang berintegriti dan berjiwa rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ABIM telah memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran dan idealisme generasi muda sejak penubuhannya pada 6 Ogos 1971.

“Sebagai gerakan dakwah dan kebajikan yang berakar daripada semangat keilmuan dan keinsafan sosial, ABIM telah menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin yang berintegriti dan berjiwa rakyat.

“Kerajaan mengiktiraf sumbangan besar ABIM dalam memperkukuh kefahaman Islam yang progresif, mendorong perubahan sosial yang adil, dan menjulang agenda pembangunan insan yang seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Selamat Ulang Tahun ke-54 kepada ABIM, moga terus menjadi suara moral umat, mendepani cabaran zaman dengan hikmah dan keberanian, serta kekal menjadi rakan strategik negara dalam membina masa depan yang lebih saksama dan bermaruah untuk semua,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Anwar pernah menjadi Presiden ABIM pada 1974. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×