Tarif 19% kurang kebimbangan sentimen pasaran

Tarif 19% kurang kebimbangan sentimen pasaran

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketetapan tarif Amerika Syarikat (AS) sebanyak 19 peratus terhadap Malaysia boleh mengurangkan kembimbangan dalam sentimen pasaran, kata Philip Capital.

Ketua Penyelidiknya, Jianyuan Tan berkata,  walaupun pelabur mungkin mengambil masa untuk memahami implikasi yang lebih luas, ketentuan yang lebih baik boleh mencetuskan semula selera risiko.

Katanya dengan indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan Indeks Permodalan Kecil Bursa Malaysia (FBMSC) masing-masing merosot sebanyak tujuh  peratus dan 12 peratus dari awal tahun sehingga kini, kebanyakan kemerosotan kelihatan pada harga.

Jelasnya, kecairan kekal mencukupi, dengan wang tunai yang diketepikan sedia untuk digunakan semula.

“AS telah menyelesaikan tarif timbal balik 19 peratus ke atas barangan Malaysia, berkuat kuasa 7 Ogos, mengurangkan kebimbangan awal mengenai kadar 25 peratus yang tinggi dan memberikan kejelasan dasar yang telah lama ditunggu-tunggu.

“Walaupun kadar tarif tidak ideal, hasilnya lebih mesra daripada 24 peratus yang umumkan pada 2 April dan 25 peratus yang dicadangkan pada 7 Julai,” katanya dalam nota penyelidikan.

Jianyuan berkata, pihaknya kekal ‘neutral’ terhadap pasaran Malaysia dengasan sasaran KLCI akhir 2025 sebanyak 1,610.

“Walaupun pasaran tidak mempunyai pemangkin penarafan semula yang kukuh, minat asing terpilih harus berterusan, manakala penggiliran sektor kepada nama kecil sederhana berkemungkinan meningkat.

“Kami percaya sektor swasta mempunyai ruang untuk peningkatan mengejutkan yang berpotensi meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 4.3 peratus kami.

“Walau bagaimanapun, rundingan perdagangan AS-China yang belum diselesaikan kekal sebagai wildcard, dengan pemulihan rapuh China masih terdedah kepada hasil tarif, menjejaskan pertumbuhan global,” ujarnya.

Minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump dalam perintah eksekutifnya telah memaklumkan Malaysia dikenakan tarif 19 peratus.

Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025 itu sudah dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×