Bekas pengarah urusan syarikat didakwa salah guna kedudukan

Bekas pengarah urusan syarikat didakwa salah guna kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat minyak dan gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan salah guna kedudukan.

Farah Sabryna Nasarudin, 46, didakwa melantik suaminya, Daniel Frederick Wall, 51, sebagai Penasihat Teknikal tanpa kelulusan atau ratifikasi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat dan mengarahkan sejumlah RM786,209.30 dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 27 Januari 2021 dan 28 Julai 2023 ketika memegang jawatan Pengarah Urusan Asiapac Oil & Gas Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur Sentral, di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 218(1)(d) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shakila Mohd. Shariff mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 selain memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam bela, A. Narainasami mewakili Farah Sabryna memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung lima anak masih bersekolah serta seorang ibu yang uzur.

“Pasport tidak perlu ditahan kerana dia kerap ke kampung suaminya di Australia dan yakin tidak melarikan diri,” katanya.

Hakim Hamidah Mohamed Deril kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 3 September depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×