Dua pasukan hoki Seremban 1 raih juara MSSNS

Dua pasukan hoki Seremban 1 raih juara MSSNS

PARA pemain dan jurulatih pasukan hoki lelaki bawah 12 tahun Seremban 1 bergambar selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Hoki MSSNS 2025 di Seremban baru-baru ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan hoki lelaki bawah 18 tahun (L U18) dan bawah 12 tahun (L U12) Seremban 1 muncul juara kategori masing-masing dalam Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2025 yang melabuhkan tirai awal minggu ini.

Pasukan L U18 meraih gelaran itu selepas menang ke atas Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, 4-1, melalui pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat, 0-0, dalam perlawanan akhir.

Manakala L U12 menewaskan Tampin, 2-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tempat ketiga L 18 disandang oleh Tampin dan Jempol di tempat keempat.

Pasukan Seremban 2 menduduki tempat ketiga L U12 dan keempat diraih oleh Port Dickson.

Sementara itu, kategori perempuan bawah 18 tahun (P U18) menyaksikan SSN SMK Za’ba dinobatkan sebagai johan selepas mengalahkan Tampin dengan jaringan, 2-0.

Manakala Seremban 2 mengungguli P U12 dengan menewaskan Kuala Pilah, 2-0, pada perlawanan akhir kategori tersebut.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh Tampin dan Seremban 1.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN