SAYA sebagai jurutera elektrik menyarankan 10 tip untuk menjimatkan elektrik sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah.
– Padam semua lampu bilik atau ruang sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur ditutup.
– Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mod bersedia.
– Sebaik-baiknya guna kipas angin dan elak penggunaan penyaman udara.
– Gunakan penyaman udara jika cuaca terlalu panas.
– Guna satu mentol lampu besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding mentol bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
– Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan bilik atau ruang.
– Pasang lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut perayaan atau mengadakan majlis atau kenduri.
– Elak guna mesin basuh melebihi muatan atau muatan penuh. Selain hasil cucian kurang bersih, ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik berlebihan.
– Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
– Rajin bersihkan habuk atau debu yang terdapat di coil peti sejuk.
– Peti sejuk beku yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi, sekiranya peti kosong, isikan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.-UTUSAN
SALMIAH MOHD.
Jalan Besar, Kajang, Selangor










