Gandingan baharu uji Harimau Malaya

Gandingan baharu uji Harimau Malaya

PETER CKLAMOVSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA; Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski bersedia untuk melakukan ‘eksperimen’ menguji gandingan baharu dalam aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin pada September ini.

Pengendali kelahiran Australia itu juga terbuka untuk memberikan peluang kepada muka baharu membarisi skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan yang dikelaskan dalam kategori A pada Kalender FIFA itu.

Bagaimanapun, Cklamovski menegaskan dia sama sekali tidak akan menggadaikan maruah Malaysia dengan kemenangan tetap menjadi agenda dan matlamat utama dalam dua aksi persahabatan tersebut.

“Sedikit sebanyak mungkin kedua-duanya tetapi saya sentiasa mencari kemenangan dengan cara kita sendiri bagi memastikan perkembangan pasukan. Kami mahu terus mengembangkan mentality dan membina keyakinan penyokong.

“Setiap kali beraksi, kami akan bermain dengan agresif, dahagakan kejayaan dan penuh keazaman. Inilah peluang yang kita ada pada September ini. Ini juga yang kami lihat dan sedang membina cara bola sepak kami sendiri.

“Jika kami mampu kekalkan cara sendiri, keputusan baik pasti akan datang,” katanya bagi mengulas sama ada muka baharu akan dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya pada kem latihan pada September depan.

Sebelum ini, Harimau Malaya ambil keputusan menarik diri daripada Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 dan sebagai ganti, Sinagpuran dan Palestin akan menjadi lawan skuad kebangsaan.

Ia dilihat sebagai tugasan penting buat Cklamovski untuk mengukuhkan kualiti pasukan sebelum meneruskan saingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober dan Nepal pada 18 November depan.

Menurut Cklamovski, sepak mula Liga Malaysia (Liga M) pada awal bulan depan juga membuatkan teruja untuk melihat prestasi semua pemain untuk merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

“Jika kita kekalkan kemenangan, asasnya mudah saya dimana ranking kita akan naik. Tetapi saya tidak mahu lebihkan fokus kepada perkara itu sebaliknya saya mahu membuatkan sesuatu yang istimewa buat pasukan.

“Jika kita mampu lakukan sesuatu yang istimewa, ranking kita pasti akan naik dan semua orang pasti akan gembira,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×