Bisnes coklat masih bertahan - Utusan Malaysia

Bisnes coklat masih bertahan

FARHANA Mohd. Shariff masih lagi cuba bertahan meneruskan perniagaan membuat pelbagai jenis coklat di Georgetown Herittage Chocolate, Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang walaupun terkesan dengan pelaksanaan PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Selepas lebih setahun bertarung dengan kesuraman ekonomi akibat pandemik Covid-19, seorang pengusaha coklat buatan ta­ngan, Farhana Mohd. Shariff, 33, masih lagi cuba bertahan meneruskan perniagaan ekoran cinta yang mendalam kepada dunia coklat.

Bagaimanapun, situasi terkini jangkitan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 12 Mei lalu membuatkan Farhana gusar memikirkan sama ada perniagaan coklatnya mampu bertahan atau tidak.

Farhana yang mengusahakan kedai coklat Georgetown Herittage Chocolate di Lebuh Pantai berkata, sejak lima tahun lalu, premisnya yang turut dijadikan sebuah muzium coklat menjadi pusat sehenti bagi para penggemar coklat dari dalam dan luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segalanya berubah tahun lalu selepas negara dilanda pandemik Covid-19, saya terpaksa menutup sementara operasi muzium coklat ini selepas larangan rentas negeri dan pelancong luar negara tidak dapat melancong ke sini.

“Dahulu muzium dan premis perniagaan saya meriah dengan pelancong yang mahu belajar membuat coklat sendiri,” ujar­nya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Farhana memberitahu, bagi meneruskan operasi perniagaannya, dia beralih kepada pembuatan coklat di premis berbanding menawarkan perkhidmatan melawat muzium coklat kepada orang ramai sebelum ini.

“Dahulu perniagaan saya le­bih kepada perkhidmatan kepada pelancong yang datang melawat muzium coklat, sekarang saya lebih fokus kepada menjual coklat buatan sendiri untuk menampung operasi perniagaan,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengubungi talian 017-4166045 atau meninjau ke laman Grabmart: Georgetown Herittage Chocolate. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini