NSRC beroperasi 24 jam Mula September 

NSRC beroperasi 24 jam Mula September 

TEO Nie Ching menunjukkan salah satu iklan penipuan dalam talian yang menggunakan gambarnya ketika beliau ditemui pemberita selepas meninjau projek pembinaan longkang konkrit bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) akan mula beroperasi secara 24 jam sehari bermula bulan September depan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ini bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan berkenan penipuan scam yang kini semakin berleluasa di media sosial.

Katanya, ia juga akan memudahkan orang ramai setelah mereka tidak lagi perlu membuat aduan di balai Polis selepas menghubungi talian 997.

“Sebelum ini, talian NSRC ini hanya beroperasi 12 jam sehari sahaja iaitu bermula 8 pagi sampai 8 malam tetapi bermula pada September ini, ia akan beroperasi 24 jam sehari.

“Sebelum ini, bila buat aduan melalui talian 997, mereka masih perlu membuat laporan polis namun kini tidak perlu lagi pergi ke balai kerana 997 ataupun NSRC telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan longkang konkrit bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Melayu Bukit Batu, di sini hari ini.

Menurut Nie Ching, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 46,817 iklan penipuan di media sosial dari awal tahun hingga 15 Julai lalu.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, daripada jumlah tersebut, 80 peratus daripada iklan penipuan itu dikesan di laman sosial Facebook.

Katanya pada tahun 2023, pihaknya telah mengambil tindakan penurunan terhadap 6,297 iklan bersifat penipuan di semua platform media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×