Jerebu di KL makin baik, catat IPU sederhana 

Jerebu di KL makin baik, catat IPU sederhana 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Lembah Klang hari ini mencatatkan bacaan sederhana sekitar IPU 70 hinga 90, setakat pukul 2 petang hari ini. 

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia merekodkan bacaan IPU 90, Shah Alam (83), Batu Muda (82), Petaling Jaya (80) dan Cheras (73). 

Jerebu rentas sempadan dari Kalimantan, Indonesia itu juga sudah mula melanda Sarawak sejak semalam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Empat lokasi di Sarawak masih mencatatkan bacaan sederhana iaitu Kuching (100), Mukah dan Samarahan (91) dan Bintulu (89). 

Berbanding minggu lepas, kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan melebihi paras 100 yang diklasifikasikan sebagai tidak sihat untuk kesihatan awam, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mengalami masalah pernafasan.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. – UTUSAN

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN